Sunday, February 14, 2010

Gadis Kampung Nak Pakai CLINIQUE



Tahukah anda apakah itu Clinique?Dia bukanlah klinik seperti Klinik Sentosa atau Klinik Dr.Ramesh serta rakan-rakan ke apa.Tapi dia adalah sejenis produk kecantikan wajah.And there's one Kampung girl wanna try this products.Oh bila bercerita pasal produk luar negara terus berubah speaking London.Baiklah baik saya mengaku bahawa sayalah sebenarnya gadis kampung tersebut yang mana semenjak lahir lagi sudah menetap di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.Jadi saya merupakan Gadis Kampung a.k.a Gadis Bandar.Bunyi seperti ada konflik identiti disitu.

Walaupun saya adalah gadis kampung yang mana lebih gemar tinggal di bandar...Okay okay kenapa asyik nak bercerita pasal gadis semua ini bahkan matlamat sebenar adalah nak bagitau saya nak mencuba pakai produk pembersih wajah Clinique itu sahaja.Bila dah jadi dewasa semakin demand nak cuba produk tu la produk ni la.Sedangkan masa sekolah dulu tak pakai pencuci muka pun walaupun kadang-kadang rasa curious nak pakai bila tengok rakan-rakan kat hostel dulu time mandi tenyeh-tenyeh muka dengan sabun susu kambing pe ntah yang glemer giler zaman tu yang kambing pun mesti bangga gila kalau tau orang pakai susu dia kat muka:)Tapi bila dah tak tinggal di hostel lagi saya dah pandai pakai pencuci muka emak punya.Lepas tu rasa muka berseri-seri mungkin aura emak ada disitu sebab emak ada kulit muka yang cantik dan awet muda tak macam anak gadis dia yang sorang ni.

Tapi bila dah jadi semakin dewasa saya dah tak pakai pencuci muka tempatan emak lagi sebab bila dah bekerja saya dah mula lupa daratan sebab bila dah ada duit banyak sikit nak pakai produk luar negara je.Heh kau memang tak sedar diri.Haha.Bukan bukan.Sebenarnya saya dah mula rasa wajah macam tak boleh blah lately.Kemudian tertarik nak mencuba produk Clinique.Mungkin sebab terpengaruh dengan testimoni serta iklan.But I think I should give it a try:)

Promoter dekat Clinique tu kata muka saya ada banyak white head dan kemudian mengajar saya cara terbaik memakai foundation bagi kulit muka yang pori-porinya suka sangat terbuka seperti saya.Mungkin kamu juga.



Anda perlu menyapu dan meratakan foundation dari atas ke bawah.Bukan dari dalam ke luar.Atau dari luar ke dalam.This is good learning.Baru tau semalam.Thanks kakak Clinique Promoter.




Oleh kerana saya mempunyai wajah yang berkombinasi berminyak dan kering jadi saya mesti guna yang ada tulis Dry Combination ini.




Saya beli yang trial set.Lebih jimat dan takkan rasa bersalah sangat kalau tiba-tiba tak nak pakai dah.LOL.



Very simple 3 steps:
1. Cleanse with Liquid Facial Soap Mild
2. Exfoliate with Clarifying Lotion 2
3. Moisturize with Dramatically Different Moisturizing Lotion





Berjayakah saya dalam merealisasikan impian mendapat kulit wajah sempurna dengan menggunakan produk dari Clinique ini?
We just can wait and see (jawapan biasa)

5 comments:

A.I said...

kalau aku sapu kelinik ni kt muka, harus pengsan anak2 aku kene catu minum susu! hohoho

Ayda Munir said...

Hehe.saya pun tgh catu toner yang ada ni.haha

syira said...

hai. macam mane so far ok tak produk clinique nie? saya tengah survey2 jugak produk niemacam tengah tertarik-tarik..:)

syira said...

hai..so far macam mane ok tak produk clinique tue. saya pun tengah berminat nk try produk nie..tengah usha2 dlu nie :)

Ayda Munir said...

HAHA saya rasa biasa je. tapi syira I sugest you try dulu lah. mana tau sesuai kan:)